Koleksi Ceramah Mp3 Ustaz Kazim Elias | Koleksi Ceramah Mp3 DLL Koleksi Ceramah Mp3 Ustaz Kazim Elias -

Koleksi Ceramah Mp3 Ustaz Kazim Elias



Pengenalan

Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias (28 november 1972) atau lebih dikenali di media massa dengan panggilan Ustaz Kazim adalah seorang penceramah bebas yang terkenal di seluruh Malaysia. Ceramahnya banyak dimuatturun di laman youtube.

 Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latarbelakang masyarakat. Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau. Merupakan pengasas dan pengetua untuk Pusat Pendidikan Al barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg Manjoi, Ipoh, Perak. Ustaz Kazim juga banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan agama Islam. Beliau sering dijemput untuk memberi ceramah disekitar tanah air terutama termasuk Singapura dan Brunei. Selain itu juga dijemput menjadi ahli panel atau pensyarah di siaran-siaran Televisyen & radio utama dan juga ceramah perdana.



Latar Belakang


Ustaz Kazim dilahirkan di Kampung Paya, Batu Kurau, daerah Selama, Perak pada 28 Noevember 1972.Merupakan anak ke 7 dari dari 9 adik beradik. Dari pasangan Elias Bin Che Mat dan Nazirah Binti Ismail iaitu seorang guru agama disekolah di Batu Kurau. Bapanya juga seorang guru agama meninggal dunia ketika beliau berusia 8 bulan. 
Menurut salasilah keluarga, kedua-kedua datok dan neneknya juga merupakan guru agama yang aktif di daerah Batu Kurau sekitar awal tahun 1900. Ustaz Kazim juga merupakan adik kepada YB Kapt (B) Dato Hj Mohd Najmuddin bin Elias, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.
Pendidikan
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tok Sajak, Batu Kurau Perak. Kemudian menyambung persekolahannya di Sekolah kebangsaan Besout, Sungkai Perak apabila ibunya ditukarkan ke Sungkai. Menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Besaut. Disini lagi bliau telah menunjukkan ciri ciri kepimpinan apabila dilantik menjadi pengawas dan ketua pelajar dan juga mula mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu agama melalui buku-buku yang diperoleh dari perpustakaan sekolah.
 Oleh kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang agama, beliau telah memohon dan berjaya memasuki Sekolah Agama Syubbaniah, Batu Kurau selepas tingkatan 5 dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau kemudian menyambung pembelajarannya di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Negeri Perak di Masjid Negeri Perak sehingga mendapat Diploma Tahfiz Al Quran.


Download Link :

Under Construction
Status : Ongoing


Senarai Lengkap Kuliah Ustaz Kazim Elias :

Ustaz Kazim Elias : Reupload Part 1 ~ 4
Ustaz Kazim Elias : Reupload Part 5 ~ 8
Ustaz Kazim Elias : Reupload Part 9 ~ 12
Ustaz Kazim Elias : Reupload Part 13 ~ 16
Ustaz Kazim Elias : Reupload Part 17 ~ 21






Website :







Share This Article Facebook +Google Twitter Digg Reddit
Related Posts with Thumbnails